Adakah Anda ingin meningkatkan kualiti hubungan anda dengan Al-Quran ?
Adakah Anda ingin menghayati ayat-ayat Al-Quran dan bacaan solat Anda sehingga solat anda menjadi lebih khusyuk ?
Belajarlah bahasa Arab untuk faham Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah antara ilmu penting yang akan menjadikan kualiti hubungan anda dengan Al-Quran lebih baik, membantu anda untuk menghayati ayat-ayatnya serta meningkatkan kekhusyukan anda .
Apa yang perlu Anda lakukan untuk mendalami bahasa Arab Al-Quran?
Mulai dengan bertindak. Tindakan Anda akan menjadi penentu setiap kejayaan Anda. 1000 langkah bermula dengan langkah pertama. Mendaftarlah kelas bahasa Arab anjuran ABQAF sekarang. Ramai yang telah menyertai kelas bahasa Arab anjuran ABQAF, mereka menyatakan berpuas hati dengan sistem ABQAF.
Kelas asas bahasa Arab al-Quran yang WAJIB anda sertai. Ia menjadi pintu masuk utama untuk anda menguasai, mendalami dan menghayati Dengan Mudah ayat-ayat Kitabullah yang mulia.
Pelajarannya mudah dan senang untuk anda fahami dan kuasai.
Sistem pembelajaran yang sistematik dan modul yang disusun dengan rapi dan kemas sehingga mudah untuk anda ikuti.
Kaedah pembelajaran yang aktif dan interaktif sehingga suasana kelas terasa seperti kelas bersemuka.
Kaedah dan sistem ABQAF telah berjaya membantu ramai mencapai cita-cita mereka faham ayat-ayat Al-Quran dan menghayatinya.
Tenaga pengajar berkelulusan Timur Tengah, meraih MA atau PhD, aktif bertutur Arab dan mentadabbur Al-Quran. Mereka menguasai subjek yang diajarkan dan berpengalaman.
Belajar bahasa Arab umpama musafir. Anda perlu tahu jalan dan destinasi yang dituju agar selamat sampai. Ramai yang belajar bahasa Arab, tetapi tidak tahu jalan dan destinasinya. Oleh itu, ramai yang syahid di tengah jalan.
Anda perlu langkah dan strategi yang tepat lagi jitu bagaimana anda boleh mudah mengharungi kembara mulia anda menguasai bahasa kitab suci umat Islam ini. Bayangkan apa jadi jika anda pergi berperang tanpa strategi dan taktik yang jelas?
Setiap perkara ada yang penting dan ada yang kurang penting untuk masa itu. Kami di ABQAF sentiasa mengutamakan prioriti dan keutamaan yang belajar dan mengajar, demi memastikan proses belajar mengajar berjalan dengan efektif.
Ada asas-asas penting dalam bahasa Arab Al-Quran yang perlu diketahui oleh pelajar baharu. Menguasai asas-asas ini akan memudahkan jalannya untuk menguasai ilmu-ilmu bahasa Arab Al-Quran yang lain seperti ilmu Sorof Al-Quran, Nahu Al-Quran, Balaghah Al-Quran, dll.
Kosakata adalah amat penting dalam penguasaan suatu bahasa, termasuklah bahasa Arab Al-Quran. Oleh itu, dari awal pelajar akan dibekalkan dengan kosakata-kosakata Arab Al-Quran, sehingga tanpa terasa mereka kaya dengan kosakata dan mudah bagi mereka memahami ayat-ayat Al-Quran nanti.
Walaupun masih kelas asas, namun anda sudah dibiasakan untuk menterjemah ayat-ayat Al-Quran secara harfiah. Kemudian sedikit demi sedikit anda didedahkan dengan terjemahan maknawi sehingga terjemahan harfiah anda menjadi lebih baik.
Kelas ini sesuai untuk yang tidak belajar bahasa Arab sebelum ini, atau sudah pernah belajar tetapi tidak berapa faham atau sudah lupa.
Setiap pertemuan kelas ini berlangsung selama 60 minit atau 1 jam. Ia dijalankan dua kali seminggu atau 8 kali pertemuan dan 8 jam sebulan. Kelas asas ini terdiri dari 3 peringkat. Setiap peringkat memakan masa antara 3-4 bulan, bergantung keupayaan peserta.
Jika anda pertama kali menyertai program berbayar ABQAF, maka anda perlu bayar yuran pendaftaran sebanyak RM100. Manakala yuran bulanan adalah RM 150 setiap bulan. Jangan lupa mengambil peluang diskaun bersempena harga promosi yang diiklankan dari masa ke semasa.
Anda boleh menyertai kelas ini dengan menekan butang pendaftaran atau menghubungi langsung admin pentaftaran ABQAF di talian +60103411470
Kelas ini dijalankan secara online dengan menggunakan aplikasi Zoom meeting. Oleh itu, anda perlu menyediakan komputer / laptop / tablet / HP yang mempunyai talian internet yang stabil. Kemudian download aplikasi Zoom.