Nak Lancar Bercakap Arab ?

Kelas Arab Online Terbaik & Terlengkap

Adakah anda ingin belajar bahasa Arab untuk bercakap? Adakah anda ingin lancar bertutur dalam bahasa Arab ?  

Mudah & Seronok

Pelajaran bermula dari yang mudah dengan kaedah pengajaran yang menyeronokkan.

Aktif & Interaktif

Sistem pembelajaran yang memastikan keterlibatan aktif dari peserta dan interaktif.

Sistematik & Berkesan

Bahan pelajaran disusun secara sistematik dan membuahkan hasil yang berkesan.

Adakah Masalah Anda?

Nak pandai bercakap Arab, tetapi tak tahu nak mula?

Lidah kelu bila nak bercakap Arab ?

Tidak percaya diri nak bercakap Arab?

Tak tahu nak ungkapkan ungkapan harian Arab?

Kosakata untuk ayat harian tidak cukup?

Tak jumpa cara berkesan untuk menguasai bahasa Arab?

Kelas Bahasa Arab Fushaa Komunikasi

Kelas Bahasa Arab Fushaa Komunikasi adalah kelas terbaik untuk anda belajar bahasa Arab komunikasi dan menjadi lancar serta yakin bertutur dalam bahasa Arab.

Bahasa Arab Online

Apa Yang Akan Anda Pelajari

Roadmap Perjalanan Menguasai Bahasa Arab Komunikasi

Belajar bahasa Arab umpama musafir. Anda perlu tahu jalan dan destinasi yang dituju agar selamat sampai di tujuan. Ramai yang belajar bahasa Arab, tetapi tidak tahu jalan dan destinasinya. Oleh itu, ramai yang syahid di tengah jalan. Maka perkara pertama yang akan anda pelajari adalah roadmap perjalanan anda belajar bahasa Arab Komunikasi.

Langkah Mudah Menguasai Bahasa Arab Komunikasi

Anda perlu langkah dan strategi yang tepat lagi jitu untuk memudahkan mengharungi kembara mulia anda menguasai bahasa kitab suci umat Islam ini. Bayangkan apa jadi jika anda pergi berperang tanpa strategi dan taktik yang jelas? Kami akan ajar anda langkah dan strategi bagaimana anda cepat lancar bercakap Arab.

Perkara-Perkara Penting Perlu Diketahui untuk Menguasai Bahasa Arab Komunikasi

Setiap perkara ada yang penting dan ada yang kurang penting untuk masa itu. Kami di ABQAF sentiasa mengutamakan prioriti dan  keutamaan yang belajar dan mengajar, demi memastikan proses belajar mengajar berjalan dengan efektif.  

Kosakata, Frasa dan Ayat Bahasa Arab Harian

Kosakata amat penting dalam menguasai sesuatu bahasa, termasuklah bahasa Arab. Apabila kita hendak bercakap, maka kita akan mencuba memikirkan kosakata apakah yang sesuai untuk mengungkapkan makna yang ingin kita sampaikan. Oleh itu, dalam kelas ini peserta akan dibekali dengan kosakata, namun ia tidak diberikan dalam bentuk satu perkataan, tetapi dalam frasa atau ayat, sehingga peserta tahu makna perkataan tersebut sekali dengan penggunaannya. 

Latihan Perbualan Aktif dan Interaktif

Peserta akan dilatih untuk mengungkapkan perbualan harian yang praktikal. Kemudian perbualan itu diulang-ulang sehingga para peserta dapat mengungkapkannya dengan lancar, lalu mereka gunakan secara interaktif sesama peserta dengan panduan dan bimbingan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam suasana yang aktif dan menyeronokkan. Matlamatnya adalah melatih peserta untuk tidak canggung dan malu dalam berbual dan bercakap dalam bahasa Arab sehingga apabila mereka berhadapan situasi sebenar, mereka tidak teragak-agak dalambercakap.

Tahu Adat Kebiasaan Penutur Arab Asli Dalam Berkomunikasi

Bahasa sebenarnya meniru penutur asli bagaimana mereka bercakap dan berbual-bual. Maka dalam kelas Bahasa Arab Komunikasi ini peserta akan didedahkan kepada adat kebiasaan penutur Arab asli ketika bercakap dan berbual-bual. Bagaimana intonasi dan bahasa tubuh mereka ketika mengungkapkan sesuatu frasa atau ayat. Lalu peserta dilatih untuk meniru adat dan kebiasaan mereka yang baik. Kaedah ini bermanfaat untuk membantu peserta untuk tidak kekok apabila bercakap dengan penutur Arab asli. 

Modul Bahasa Arab Fushaa Komunikasi

Belajar Daripada Yang Terbaik

Suasana Kelas Online ABQAF

Kelas Online Seperti Kelas Bersemuka

Soalan-Soalan Lazim

Pertanyaan adalah salah satu pintu ilmu

Siapakah yang sesuai untuk menyertai kelas ini ?

Kelas ini sesuai untuk sesiapa yang belum belajar bahasa Arab lagi sebelum ini, atau sudah pernah belajar tetapi tidak berapa faham atau sudah lupa dan ingin menguasai bahasa Arab untuk bercakap dan berkomunikasi harian. 

Berapa lama kelas ini ?

Setiap pertemuan kelas ini berlangsung selama 60 minit atau 1 jam. Ia dijalankan dua kali seminggu. Bermakna kelas ini berlangsung 8 kali pertemuan dan 8 jam setiap bulan Kelas asas ini terdiri dari 3 peringkat. Setiap peringkat memakan masa antara 3-4 bulan, bergantung keupayaan peserta. 

Berapa yuran untuk kelas ini ?

Jika anda pertama kali menyertai program berbayar ABQAF, maka anda perlu bayar yuran pendaftaran sebanyak RM100. Manakala jika anda sudah pernah mendaftar untuk program ABQAF, maka anda tidak perlu lagi membayar yuran pendaftaran. Adapun yuran bulanan adalah RM 120 setiap bulan. Jangan lupa harga promosi yang diiklankan dari masa ke semasa. 

Bagaimana cara saya boleh mendaftar untuk kelas ini ?

Anda boleh menyertai kelas ini dengan menekan butang pendaftaran atau menghubungi langsung admin pentaftaran ABQAF di talian +60103411470

Apa yang perlu saya sediakan sebelum menyertai kelas ini ?

Kelas ini dijalankan secara online dengan menggunakan aplikasi Zoom meeting. Oleh itu, anda perlu menyediakan komputer / laptop / tablet / HP yang mempunyai talian internet yang stabil. Kemudian download aplikasi Zoom. 

“Pelajarilah bahasa arab, kerana sesungguhnya ia merupakan sebahagian dari agamamu”

Umar Bin Al-Khattab