Kelas Bahasa Arab Online Terbaik dan Terlengkap

Kelas Balaghah Al-Quran

Kelas yang akan membawa anda menerokai keindahan dan kehebatan ayat-ayat Allah. Sesungguhnya mukjizat Al-Quran yang pertama dan utama adalah aspek balaghahnya. Alangkah ruginya sesiapa yang sudah belajar bahasa Arab, tetapi tidak cuba menerokai ilmu Balaghah Al-Quran.

Apa Yang Dipelajari Dalam Kelas Balaghah Al-Quran?

Al-Fasohah & Al-Balaghah

Belajar bahasa Arab umpama musafir. Anda perlu tahu jalan dan destinasi yang dituju agar selamat sampai. Ramai yang belajar bahasa Arab, tetapi tidak tahu jalan dan destinasinya. Oleh itu, ramai yang syahid di tengah jalan.

Uslub Khabari & Insya'i

Anda perlu langkah dan strategi yang tepat lagi jitu bagaimana anda boleh mudah mengharungi kembara mulia anda menguasai bahasa kitab suci umat Islam ini. Bayangkan apa jadi jika anda pergi berperang tanpa strategi dan taktik yang jelas?

Rahsia Makna Pada Uslub Al-Quran

Setiap perkara ada yang penting dan ada yang kurang penting untuk masa itu. Kami di ABQAF sentiasa mengutamakan prioriti dan  keutamaan yang belajar dan mengajar, demi memastikan proses belajar mengajar berjalan dengan efektif.  

Al-Muhassinat Al-Badi'iyyah

Ada asas-asas penting dalam bahasa Arab Al-Quran yang perlu diketahui oleh pelajar baharu. Menguasai asas-asas ini akan memudahkan jalannya untuk menguasai ilmu-ilmu bahasa Arab Al-Quran yang lain seperti ilmu Sorof Al-Quran, Nahu Al-Quran, Balaghah Al-Quran, dll. 

Al-Hakikat, Al-Majaz, Al-Isti'rah dan Al-Kinayah

Kosakata adalah amat penting dalam penguasaan suatu bahasa, termasuklah bahasa Arab Al-Quran. Oleh itu, dari awal pelajar akan dibekalkan dengan kosakata-kosakata Arab Al-Quran, sehingga tanpa terasa mereka kaya dengan kosakata dan mudah bagi mereka memahami ayat-ayat Al-Quran nanti. 

Latihan Menggali Aspek Balaghah Al-Quran

Walaupun masih kelas asas, namun anda sudah dibiasakan untuk menterjemah ayat-ayat Al-Quran secara harfiah. Kemudian sedikit demi sedikit anda didedahkan dengan terjemahan maknawi sehingga terjemahan harfiah anda menjadi lebih baik.

Manfaat Belajar Ilmu Balaghah

1. Ilmu Balaghah membantu kita memahami ayat Al-Quran dan hadis Nabi dengan lebih tepat.

2. Ilmu Balaghah memudahkan kita menjiwai dan menikmati keindahan bahasa Arab serta mendapatkan kefahaman yang mendalam.

3. Ilmu Balaghah membantu kita mengungkap kehebatan bahasa Arab dan menyingkap rahsia-rahsia maknanya.

4. Ilmu Balaghah Memberi kita acuan yang jelas sehingga kita boleh membezakan antara makna satu perkataan dengan perkataan lainnya.

5. Ilmu Balaghah menjadikan kita senang dalam membaca kitab-kitab Arab dan seronok meniru uslub-uslub Arab.

6. Ilmu Balaghah Membantu pembicara ataupun pendengar dalam membezakan antara makna hakikat dengan majaz dalam suatu ungkapan.

7. Membantu orang bukan Arab dalam memahami makna dan maksud yang terdapat di dalam teks Arab.

Tenaga Pengajar ABQAF

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Dr. Firdaus Sulaiman

Pengasas & Pengajar Utama

Berpengalaman mengajar bahasa Arab lebih dari 20 tahun dengan latarbelakang pengajian pondok dan sekolah moden. menyelesaikan BA Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Kulliyah Dakwah, Tripoli, Libya, MA dan PhD Usuluddin di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Muhammad Ali Imran

Pengajar Berpengalaman

Penguasaan ilmu bahasa yang luas, berpengalaman dan penyabar. Itulah keistimewaan beliau. Beliau menyelesaikan BA Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Kulliyah Dakwah, Tripoli Libya dan melanjutkan MA dalam Pengajian Hukum Islam Universitas Muhammadiyah Jakarta.

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Dr. Badaruddin Haba

Pengajar Berwibawa

Beliau mempunyai perwatakan yang tenang dan bersahaja. Syarahannya pun tenang dan tepat pada maksud. Beliau memperoleh ijazah BA Bahasa Arab dan Pengajian Islam dari Fakulti Dakwah, Institut Ahmad Kuftaro, Damaskus, Syiria. Lalu berjaya meraih ijazah MA dan PhD daripada Universiti Malaya dalam bidang Usuluddin, jabatan Al-Quran dan Al-Hadith. 

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Syazlan Bin Sazali

Pengajar Ceria

 Belajar dengan beliau amat menyeronokkan. Masa berlalu tanpa terasa. Beliau merupakan seorang yang mempunyai kelulusan BA Usuluddin Tafsir dan Hadis dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan meraih master Usuluddin di Universiti Malaya. 


Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Muslihun Muhammad Nasir

Pengajar Santun

Mempunyai pengalaman mengajar lebih dua puluh tahun. Belajar bahasa Arab sejak sekolah rendah sehingga universiti. Pernah mengikuti Daurah Pengajaran Bahasa Arab yang diselenggara oleh Universiti Islam Madinah. BA Syariah Islamiyah dari Universiti Al-Azhar, MA Usuluddin dari Universiti Malaya.

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Ahmad Nizar Syamwil

Pengajar Mahir

Membesar dalam suasana pondok. Mahir ilmu Nahu dan Soraf. Belajar dengan beliau, terasa keluasan ilmunya. Beliau memperoleh BA Syariah Islam dari Universiti Al-Ahgaff, Tarim, Hadramaut, Yaman dan berjaya meraih MA Islamic Studies dari Universiti Malaya. 

 

 

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Imamuddin

Pengajar Kelakar

Belajar dengan beliau tidak bosan, kerana ada sahaja lawak jenaka yang menjadikan suasana happy. Mempunyai latarbelakang pondok, lalu menyambung pengajian Syariah di Universiti Al-Azhar dan meraih MA dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya. Sekarang beliau sedang menyelesaikan Phd di bidang dan universiti yang sama. 

Modul ABQAF

Belajar Dari Yang Terbaik

Soalan-Soalan Lazim

Pertanyaan adalah salah satu pintu ilmu

Siapakah yang sesuai untuk menyertai kelas ini ?

Kelas ini sesuai untuk yang tidak belajar bahasa Arab sebelum ini, atau sudah pernah belajar tetapi tidak berapa faham atau sudah lupa. 

Berapa lama kelas ini ?

Setiap pertemuan kelas ini berlangsung selama 120 minit atau 2 jam. Ia dijalankan dua kali dalam sebulan. Kelas Balaghah Al-Quran ini terdiri dari 3 peringkat. Peringkat 1 membincangkan pengenalan ilmu Balaghah, lalu fokus pada satu cabang ilmu Balaghah, iaitu ilmu Ma’ani. Peringkat 2 membincangkan cabang ilmu Balaghah lagi, iaitu ilmu Al-Badi’. Peringkat 3 membincangkan cabang ilmu Balaghah terakhir, iaitu ilmu Al-Bayan.

Berapa yuran untuk kelas ini ?

Jika anda pertama kali menyertai program berbayar ABQAF, maka anda perlu bayar yuran pendaftaran sebanyak RM100. Manakala yuran bulanan adalah RM 100 setiap bulan. Dapatkan diskaun yuran bulanan jadi RM70. 

Bagaimana cara saya boleh mendaftar untuk kelas ini ?

Anda boleh menyertai kelas ini dengan menekan butang pendaftaran atau menghubungi langsung admin pentaftaran ABQAF di talian +60103411470

Apa yang perlu saya sediakan sebelum menyertai kelas ini ?

Kelas ini dijalankan secara online dengan menggunakan aplikasi Zoom meeting. Oleh itu, anda perlu menyediakan komputer / laptop / tablet / HP yang mempunyai talian internet yang stabil. Kemudian download aplikasi Zoom. 

“Pelajarilah bahasa arab, kerana sesungguhnya ia merupakan sebahagian dari agamamu”

Umar Bin Al-Khattab