Sertai Kelas ABQAF Sekarang !

Seronok Belajar Bahasa Arab

Kelas Online Bahasa Arab Terbaik dan Terlengkap

Kelas bahasa Arab Yang mencakup bahasa Arab untuk faham al-Quran dan bahasa Arab untuk  komunikasi harian, melatih 4 kemahiran berbahasa; mendengar, bercakap, membaca dan menulis dengan kaedah yang mudah, sistematik, komprehensif dan berkesan

Kelas Baharu Akan Datang

Sabtu, 1 Februari 2023

Jam 9.30 am – 11.30 am

Days
Minutes
Seconds

Kelas Untuk Siapa ?

Ingin faham al-Quran? Ingin bercakap bahasa Arab harian? Ingin Membaca kitab-kitab Arab tanpa baris? Ingin menulis dalam bahasa Arab? Kelas bahasa Arab di ABQAF solusinya.
Kelas bahasa Arab ABQAF ditujukan untuk dewasa yang tidak kira latarbelakang dan peringkat. Sebab, kelas ABQAF terdiri dari pelbagai peringkat. Dari Asas, Menengah, Tinggi dan Lebih Tinggi.
Oleh itu, sama ada anda mempunyai asas bahasa Arab atau tidak, ia tidak menjadi masalah. Asalkan ada kemahuan dan kesungguhan, anda akan menguasainya.
Ramai yang bermula dari kosong, namun selepas belajar di ABQAF mereka menjadi mahir dan menguasai bahasa Arab dengan baik.
Jika anda sudah ada asas bahasa Arab, berita baik, kelas-kelas ABQAF akan meningkatkan lagi kemahiran dan penguasaan bahasa Arab anda, sama ada kemahiran mendengar, bercakap, membaca atau pun menulis.

Kursus Bahasa Arab Al-Quran

Modul ABQAF

Belajar Dari Yang Terbaik

Apa itu abqaf ?

ABQAF adalah akademi pengajian yang diasaskan pada tahun 2011 oleh Ustaz Dr. Firdaus Sulaiman yang berpengalaman mengajar bahasa Arab dan tadabbur Al-Quran di Lembah Klang lebih kurang 20 tahun. 

ABQAF bercita-cita menjadi akademi terbaik dalam menyebarkan bahasa Arab, terutamanya bahasa Arab Al-Quran di kalangan masyarakat luas. 

ABQAF telah menganjurkan pelbagai program bahasa Arab dan Al-Quran semenjak diasaskan dan mendidik ratusan peserta yang berjaya menguasai bahasa Arab Al-Quran. Alangkah bahagianya kami apabila mereka berkongsi bahawa mereka telah berjaya menghayati keindahan serta kehebatan ayat-ayat Al-Quran. 

Hasrat kami dapat membimbing seramai mungkin umat Islam untuk dapat menghayati dan beramal dengan Al-Quran sehingga akhir hayat mereka. 

Kelas-Kelas Online Kami

Belajar Secara Sistematik Sesuai Peringkat dan Matlamat Anda

Kelas ini pembuka jalan untuk anda faham ayat-ayat  Al-Quran dan ilmu-ilmu bahasa Arab lain. Dalam kelas ini anda akan belajar asas-asas penting yang memudahkan anda faham ayat-ayat Al-Quran dan kaedah-kaedahnya. Ia sesuai untuk sesiapa ingin belajar bahasa Arab untuk faham ayat-ayat Al-Quran sedangkan dia belum memiliki asas dalam bahasa bahasa Arab atau sesiapa yang ingin menjadikan ilmu bahasa Arabnya sistematik.

Kelas ini bertujuan untuk melatih anda berkomunikasi dalam bahasa Arab. Anda akan diberi frasa atau ayat harian yang sesuai untuk anda gunakan untuk perbualan harian, lalu anda dilatih untuk mengungkapkannya dan menggunakannya sehingga anda lancar berkomunikasi dalam bahasa Arab. Kelas ini sesuai untuk sesiapa yang ingin memperkasakan bahasa Arabnya dari segi komunikasi.  

Kelas ini membahas tentang Ilmu Sorof yang merupakan salah satu ilmu penting dalam bahasa Arab. Dalam kelas ini anda akan belajar bagaimana menukar perkataan Arab ke pelbagai bentuk yang terdapat dalam bahasa Arab. Sebagaimana anda juga akan belajar rahsia makna yang terkandung pada perubahan tersebut. Ia sesuai untuk sesiapa yang sudah ada sedikit asas ilmu bahasa Arab dan ingin menerokai perubahan kata-kata Arab dan maknanya. 

Kelas ini membahas Ilmu Nahu yang merupakan satu lagi ilmu penting dalam bahasa Arab. Dalam kelas ini anda akan belajar peranan kedudukan perkataaan dalam ayat dalam menentukan makna ayat-ayat Al-Quran atau apa yang dinamakan dengan i’rab. Kelas ini sesuai untuk sesiapa yang sudah ada asas bahasa Arab dan ingin mendalami lebih lanjut tentang struktur ayat-ayat Arab Al-Quran dan kesannya pada makna dan kefahaman.

Kelas ini adalah lanjutan kelas Nahu Al-Quran. Ia membincangkan tentang Ilmu Nahu yang lebih detail dan spesifik. Kelas ini bertujuan untuk menghilangkan kekeliruan yang sering berlaku pada pelajar Nahu Arab dan menjelaskan kaedah-kaedah Nahu yang lebih advance sesuai dengan bahasa Arab Al-Quran yang mempunyai bahasa Arab peringkat tinggi. Kelas ini sesuai untuk sesiapa yang sudah asas yang memadai dalam bahasa Arab dan ingin mengkaji lebih lanjut tentang ayat-ayat Al-Quran dari segi i’rab dan maknanya. 

Kelas ini merupakan kelas praktikal bagi ilmu Sorof, ilmu Nahu, ilmu Balaghah yang dipelajari sehingga nampak manfaatnya dalam memahami ayat-ayat Al-Quran. Dalam kelas ini anda akan dilatih menterjemahkan ayat-ayat Al-Quran secara harfiah dan maknawi dengan mengambil kira aspek Sorof, Nahu dan Balaghahnya. Kelas ini sesuai untuk sesiapa yang sudah mempuyai asas yang memadai dalam bahasa Arab dan ingin melatih diri menterjemah ayat-ayat Al-Quran dan memahaminya dengan baik. 

Tidak dinafikan kosakata mempunyai peranan penting dalam meningkatkan tahap penguasaan terhadap suatu bahasa. Maka kelas ini direka khas untuk menambah kosakata Arab anda serta mengajar anda bagaimana menggunakannya. Jika anda mempunyai masalah dalam kosakata Arab, sama ada jumlah kosakata yang tidak banyak atau tidak tahu bagaimana menggunakannya dalam bercakap ataupun dalam menulis, maka kelas ini adalah sesuai untuk anda. Ia merupakan solusi bagi masalah kosakata Arab anda.

Tidak lengkap penguasaan kita terhadap bahasa Arab, melainkan jika kita sertakan dengan penguasaan menulis ayat-ayat Arab. Kelas ini merupakan sarana yang tepat bagi anda untuk melatih membina ayat Arab anda. Dalam kelas ini anda dipandu dan dilatih bagaimana membina ayat yang baik dan benar dalam bahasa Arab. Melalui kelas ini, penguasaan bahasa Arab akan menjadi lebih baik lagi. Kelas ini amat sesuai bagi sesiapa yang sudah ada sedikit asas bahasa Arab, lalu berhasrat untuk meningkatkan lagi kemahiran berbahasanya dari segi penulisan. 

Kelas ini membahas ilmu Balaghah Al-Quran dengan 3 cabang ilmunya, iaitu ilmu Ma’ani, ilmu Bayan dan ilmu Badi’. Ilmu-ilmu ini penting untuk anda memahami dan menghayati lebih lanjut tentang keindahan dan kehebatan ayat-ayat Al-Quran yang merupakan aspek mukjizatnya yang utama. Dalam kelas anda akan didedahkan dengan pelbagai aspek keindahan dan kehebatan ayat-ayat Al-Quran, sama ada dari aspek lafzi ataupun maknawi. Kelas ini sesuai untuk sesiapa yang sudah ada asas bahasa Arab yang memadai dan ingin mendalami lagi aspek keindahan dan kehebatan ayat-ayat Al-Quran.

Menguasai i’rab merupakan perkara penting untuk memahami al-Quran dengan makna yang lebih tepat. Kelas ini merupakan kelas praktikal juga, khususnya ilmu Nahu yang topik pentingnya adalah i’rab. Maka dalam kelas ini anda akan dibimbing untuk mengi’rabkan ayat-ayat al-Quran secara ringkas dan detail. Apabila anda terbiasa, i’rab Al-Quran menjadi mudah. Kelas ini sesuai untuk sesiapa yang sudah ada asas bahasa Arab, terutamanya i’rab dan ingin mengukuhkannya dengan latihan-latihan yang sistematik. 

Kelas ini bukan kelas Iqra’, tetapi ia adalah kelas bagaimana membaca kitab-kitab Arab yang tidak berbaris. Membaca kitab Arab yang tidak berbaris ini memerlukan kemahiran ilmu Sorof dan ilmu Nahu. Oleh itu, jika anda ingin mengukur penguasaan ilmu Sorof dan ilmu Nahu anda yang baik, anda cuba membaca kitab Arab yang tidak berbaris ini dengan benar. Apabila anda mampu membacanya dengan baik, maka secara tidak langsung ia melatih kefahaman anda terhadap teks yang ada dalam kitab itu. Jika anda mempunyai masalah dalam membaca kitab Arab tidak berbaris sebelum ini, sertailah kelas ini. Dalam kelas ini anda akan dibimbing sedikit demi sedikit membaca kita Arab ini sehingga menjadi terbiasa dan mahir. Kelas ini sesuai untuk sesiapa yang sudah ada sedikit sebanyak asas bahasa Arabnya dan ingin menggunakannya untuk membaca kitab Arab. 

Tidak sempurna proses belajar bahasa Arab kita, jika tidak dimanfaatkan untuk mentadabbur ayat-ayat Allah. Sesungguhnya Al-Quran diturunkan untuk ditadabburi dan diamalkan isi kandungannya. Maka setiap kelas Arab di ABQAF direka dengan matlamat untuk faham ayat-ayat Al-Quran. Kemuncak daripada kelas-kelas tersebut adalah kelas Tafsir dan Tadabbur Al-Quran ini. Dalam kelas ini anda akan diajak untuk memahami, menghayati dan mengambil iktibar daripada ayat-ayat Al-Quran yang dibincangkan. Kelas sesuai untuk sesiapa yang berminat mentadabbur ayat-ayat Al-Quran, walaupun tanpa asas bahasa Arab. Namun kefahaman anda akan mejadi lebih hebat lagi, jika anda menguasai bahasa Arab. 

Kelas ABQAF Berdasarkan Peringkat

Kelas Asas

  • Kelas Asas Bahasa Arab Al-Quran
  • Asas Bahasa Arab Fushaa Komunikasi
  • Kelas Asas Kosakata Arab
  • Kelas Asas Mahir Bina Ayat Arab
  • Kelas Asas Baca Kitab Arab
Popular

Kelas Menengah

  • Kelas Sorof Al-Quran
  • Kelas Nahu Al-Quran
  • Kelas Menengah Bahasa Arab Fushaa Komunikasi
  • Kelas Menengah Mahir Bina Ayat Arab
  • Kelas Terjemahan Al-Quran
  • Kelas Menengah Baca Kitab Arab

Kelas Tinggi

  • Kelas Nahu Advance
  • Kelas I'rab Al-Quran
  • Kelas Balaghah Al-Quran
  • Kelas Tinggi Bahasa Arab Fushaa Komunikasi
  • Kelas Bahthul Kitab
  • Kelas Tafsir & Tadabbur Al-Quran

Tenaga Pengajar ABQAF

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Dr. Firdaus Sulaiman

Pengasas & Pengajar Utama

Berpengalaman mengajar bahasa Arab lebih dari 20 tahun dengan latarbelakang pengajian pondok dan sekolah moden. menyelesaikan BA Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Kulliyah Dakwah, Tripoli, Libya, MA dan PhD Usuluddin di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Muhammad Ali Imran

Pengajar Berpengalaman

Penguasaan ilmu bahasa yang luas, berpengalaman dan penyabar. Itulah keistimewaan beliau. Beliau menyelesaikan BA Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Kulliyah Dakwah, Tripoli Libya dan melanjutkan MA dalam Pengajian Hukum Islam Universitas Muhammadiyah Jakarta.

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Dr. Badaruddin Haba

Pengajar Berwibawa

Beliau mempunyai perwatakan yang tenang dan bersahaja. Syarahannya pun tenang dan tepat pada maksud. Beliau memperoleh ijazah BA Bahasa Arab dan Pengajian Islam dari Fakulti Dakwah, Institut Ahmad Kuftaro, Damaskus, Syiria. Lalu berjaya meraih ijazah MA dan PhD daripada Universiti Malaya dalam bidang Usuluddin, jabatan Al-Quran dan Al-Hadith. 

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Syazlan Bin Sazali

Pengajar Ceria

 Belajar dengan beliau amat menyeronokkan. Masa berlalu tanpa terasa. Beliau merupakan seorang yang mempunyai kelulusan BA Usuluddin Tafsir dan Hadis dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan meraih master Usuluddin di Universiti Malaya. 


Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Muslihun Muhammad Nasir

Pengajar Santun

Mempunyai pengalaman mengajar lebih dua puluh tahun. Belajar bahasa Arab sejak sekolah rendah sehingga universiti. Pernah mengikuti Daurah Pengajaran Bahasa Arab yang diselenggara oleh Universiti Islam Madinah. BA Syariah Islamiyah dari Universiti Al-Azhar, MA Usuluddin dari Universiti Malaya.

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Ahmad Nizar Syamwil

Pengajar Mahir

Membesar dalam suasana pondok. Mahir ilmu Nahu dan Soraf. Belajar dengan beliau, terasa keluasan ilmunya. Beliau memperoleh BA Syariah Islam dari Universiti Al-Ahgaff, Tarim, Hadramaut, Yaman dan berjaya meraih MA Islamic Studies dari Universiti Malaya. 

 

 

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Dr. Imamuddin

Pengajar Kelakar

Belajar dengan beliau tidak bosan, kerana ada sahaja lawak jenaka yang menjadikan suasana happy. Mempunyai latarbelakang pondok, lalu menyambung pengajian Syariah di Universiti Al-Azhar dan meraih MA dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya. Sekarang beliau telah berjaya menyelesaikan Phd di bidang sama dan universiti yang sama. 

Kenapa Belajar Bahasa Arab di ABQAF ?

Sesuai Objektif & Matlamat

Setiap kelas ABQAF mempunyai objektif dan matlamat yang jelas. Jika matlamat anda untuk bercakap Bahasa Arab harian, maka ABQAF ada kelas Bahasa Arab Fushaa Komunikasi. Jika matlamat anda adalah untuk mampu membaca kitab Arab, maka ABQAF ada kelas Mahir I’rab dan Membaca Kitab Arab. Jika anda ingin mahir menulis dalam Bahasa Arab, ABQAF ada kelas Mahir Bina Ayat Arab.

 

Sistematik

Program dan modul di ABQAF disusun secara sistematik dengan mengambil berat aspek psikologi, latarbelakang dan kemampuan peserta. Maka program di ABQAF ada yang bersifat asas (basic), menengah (intermediate) dan tinggi (advance). Kandungan modul disusun dari yang mudah kepada yang susah, dari yang asas hingga advance.  

Program Komprehensif

Di ABQAF, anda dilatih untuk menguasai 4 kemahiran penting dalam berbahasa, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bercakap, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Namun jika Anda hanya ingin memahirkan salah satu daripada 4 kemahiran itu, maka Anda juga boleh memilih salah satu daripadanya.

Testimonial

Seronok & Menarik

Sistem pembelajaran di ABQAF adalah aktif dan interaktif, serta mementingkan suasana yang seronok dan kondusif, sehingga proses belajar dan mengajar menarik dan menyenangkan. Bagi kami keserokan dalam belajar akan memudahkan proses menghadam ilmu yang disampaikan.  

Berkesan

Telah belasan tahun program ABQAF berjalan. Ratusan peserta yang terbantu dengan sistem ABQAF sehingga tercapai matlamat mereka, seperti faham Al-Quran dan hadis nabi Saw. Bukan hanya setakat itu, sebahagian mereka lancar bercakap Arab dan membaca kita-kitab Arab yang tidak berbaris. Semua itu adalah suatu kepuasan bagi kami.

Tenaga Pengajar Berkaliber

Tenaga pengajar di ABQAF terdiri daripada guru-guru yang berkaliber dan profesional. Apabila anda berlajar bersama mereka, anda akan merasakan kedalaman ilmu mereka dan penguasaan mereka yang baik terhadap subjek yang diajarkan. Sebagaimana mereka juga menguasai kaedah mengajar yang menarik dan berkesan. Perlu diketahui, tenaga pengajar ABQAF berkelulusan dari universiti di Timur Tengah dengan ijazah master dan PhD. 

Testimoni ABQAF

Belajar Online Live

Kelas ABQAF sekarang diadakan secara online dengan menggunakan live Zoom Meeting. Ini memudahkan sesiapa pun untuk menyertai kelas-kelas ABQAF di mana pun berada, asalkan ada line internet. Setakat ini peserta ABQAF telah tersebar di seluruh pelusuk Malaysia dan termasuk juga dari negara jiran. 

Belajar Dari Yang Terbaik

Sertai kelas kami dan mulai perjalanan anda menerokai kehebatan dan keindahan bahasa Kitabullah dan Baginda Rasulullah saw. Bersama ABQAF, perjalanan anda akan menjadi lebih mudah. Kami sentiasa berusaha memberi yang terbaik kepada peserta kami. 

Follow Us

© 2021 All Rights Reserved