Kelas Nahu Advance

Kelas Arab Online Terbaik & Terlengkap

Apa Yang Akan Anda Pelajari

Apa itu Nahu Advance?

Anda perlu tahu dengan jelas setiap yang hendak anda pelajari. Oleh itu, perkara pertama yang akan dibincangkan adalah apa itu Nahu Advance, topik perbincangan dan fokusnya. 

Komponen Tarkib Isnadi

Antara perkara penting dalam bahasa Arab adalah mengenal struktur ayat Arab. Tarkib isnadi merupakan salah satu struktur ayat Arab. Apakah itu tarkib isnadi ini dan apa sahaja cakupannya? 

Perkara-Perkara Yang Mengelirukan

Seringkali para penuntut bahasa Arab keliru dalam beberapa istilah atau dalam mengenal pasti satu bentuk struktur ayat Arab. Perkara ini boleh menjejaskan proses pembelajarannya. Kadangkala ia boleh mempengaruhi makna ayat yang disampaikan. Oleh itu, kelas Nahu Advance akan mengungkai kekeliruan itu dan menjadikannya jelas. 

Adawat Penting

Ada asas-asas penting dalam bahasa Arab Al-Quran yang perlu diketahui oleh pelajar baharu. Menguasai asas-asas ini akan memudahkan jalannya untuk menguasai ilmu-ilmu bahasa Arab Al-Quran yang lain seperti ilmu Sorof Al-Quran, Nahu Al-Quran, Balaghah Al-Quran, dll. 

I'rab

Kosakata adalah amat penting dalam penguasaan suatu bahasa, termasuklah bahasa Arab Al-Quran. Oleh itu, dari awal pelajar akan dibekalkan dengan kosakata-kosakata Arab Al-Quran, sehingga tanpa terasa mereka kaya dengan kosakata dan mudah bagi mereka memahami ayat-ayat Al-Quran nanti. 

Latihan Membaca dan Menterjemah

Walaupun masih kelas asas, namun anda sudah dibiasakan untuk menterjemah ayat-ayat Al-Quran secara harfiah. Kemudian sedikit demi sedikit anda didedahkan dengan terjemahan maknawi sehingga terjemahan harfiah anda menjadi lebih baik.

Tenaga Pengajar ABQAF

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Dr. Firdaus Sulaiman

Pengasas & Pengajar Utama

Berpengalaman mengajar bahasa Arab lebih dari 20 tahun dengan latarbelakang pengajian pondok dan sekolah moden. menyelesaikan BA Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Kulliyah Dakwah, Tripoli, Libya, MA dan PhD Usuluddin di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Muhammad Ali Imran

Pengajar Berpengalaman

Penguasaan ilmu bahasa yang luas, berpengalaman dan penyabar. Itulah keistimewaan beliau. Beliau menyelesaikan BA Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Kulliyah Dakwah, Tripoli Libya dan melanjutkan MA dalam Pengajian Hukum Islam Universitas Muhammadiyah Jakarta.

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Dr. Badaruddin Haba

Pengajar Berwibawa

Beliau mempunyai perwatakan yang tenang dan bersahaja. Syarahannya pun tenang dan tepat pada maksud. Beliau memperoleh ijazah BA Bahasa Arab dan Pengajian Islam dari Fakulti Dakwah, Institut Ahmad Kuftaro, Damaskus, Syiria. Lalu berjaya meraih ijazah MA dan PhD daripada Universiti Malaya dalam bidang Usuluddin, jabatan Al-Quran dan Al-Hadith. 

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Syazlan Bin Sazali

Pengajar Ceria

 Belajar dengan beliau amat menyeronokkan. Masa berlalu tanpa terasa. Beliau merupakan seorang yang mempunyai kelulusan BA Usuluddin Tafsir dan Hadis dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan meraih master Usuluddin di Universiti Malaya. 


Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Muslihun Muhammad Nasir

Pengajar Santun

Mempunyai pengalaman mengajar lebih dua puluh tahun. Belajar bahasa Arab sejak sekolah rendah sehingga universiti. Pernah mengikuti Daurah Pengajaran Bahasa Arab yang diselenggara oleh Universiti Islam Madinah. BA Syariah Islamiyah dari Universiti Al-Azhar, MA Usuluddin dari Universiti Malaya.

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Ahmad Nizar Syamwil

Pengajar Mahir

Membesar dalam suasana pondok. Mahir ilmu Nahu dan Soraf. Belajar dengan beliau, terasa keluasan ilmunya. Beliau memperoleh BA Syariah Islam dari Universiti Al-Ahgaff, Tarim, Hadramaut, Yaman dan berjaya meraih MA Islamic Studies dari Universiti Malaya. 

 

 

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Imamuddin

Pengajar Kelakar

Belajar dengan beliau tidak bosan, kerana ada sahaja lawak jenaka yang menjadikan suasana happy. Mempunyai latarbelakang pondok, lalu menyambung pengajian Syariah di Universiti Al-Azhar dan meraih MA dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya. Sekarang beliau sedang menyelesaikan Phd di bidang dan universiti yang sama. 

Suasana Kelas Online ABQAF

Kelas Online Seperti Kelas Bersemuka

Sesuai Objektif & Matlamat

Setiap kelas ABQAF mempunyai objektif dan matlamat yang jelas. Jika matlamat anda untuk bercakap Bahasa Arab harian, maka ABQAF ada kelas Bahasa Arab Fushaa Komunikasi. Jika matlamat anda adalah untuk mampu membaca kitab Arab, maka ABQAF ada kelas Mahir I’rab dan Membaca Kitab Arab. Jika anda ingin mahir menulis dalam Bahasa Arab, ABQAF ada kelas Mahir Bina Ayat Arab.

 

Sistematik

Program dan modul di ABQAF disusun secara sistematik dengan mengambil berat aspek psikologi, latarbelakang dan kemampuan peserta. Maka program di ABQAF ada yang bersifat asas (basic), menengah (intermediate) dan tinggi (advance). Kandungan modul disusun dari yang mudah kepada yang susah, dari yang asas hingga advance.  

Program Komprehensif

Di ABQAF, anda dilatih untuk menguasai 4 kemahiran penting dalam berbahasa, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bercakap, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Namun jika Anda hanya ingin memahirkan salah satu daripada 4 kemahiran itu, maka Anda juga boleh memilih salah satu daripadanya.

Testimonial

Seronok & Menarik

Sistem pembelajaran di ABQAF adalah aktif dan interaktif, serta mementingkan suasana yang seronok dan kondusif, sehingga proses belajar dan mengajar menarik dan menyenangkan. Bagi kami keserokan dalam belajar akan memudahkan proses menghadam ilmu yang disampaikan.  

Berkesan

Telah belasan tahun program ABQAF berjalan. Ratusan peserta yang terbantu dengan sistem ABQAF sehingga tercapai matlamat mereka, seperti faham Al-Quran dan hadis nabi Saw. Bukan hanya setakat itu, sebahagian mereka lancar bercakap Arab dan membaca kita-kitab Arab yang tidak berbaris. Semua itu adalah suatu kepuasan bagi kami.

Tenaga Pengajar Berkaliber

Tenaga pengajar di ABQAF terdiri daripada guru-guru yang berkaliber dan profesional. Apabila anda berlajar bersama mereka, anda akan merasakan kedalaman ilmu mereka dan penguasaan mereka yang baik terhadap subjek yang diajarkan. Sebagaimana mereka juga menguasai kaedah mengajar yang menarik dan berkesan. Perlu diketahui, tenaga pengajar ABQAF berkelulusan dari universiti di Timur Tengah dengan ijazah master dan PhD. 

Testimoni ABQAF

Belajar Online Live

Kelas ABQAF sekarang diadakan secara online dengan menggunakan live Zoom Meeting. Ini memudahkan sesiapa pun untuk menyertai kelas-kelas ABQAF di mana pun berada, asalkan ada line internet. Setakat ini peserta ABQAF telah tersebar di seluruh pelusuk Malaysia dan termasuk juga dari negara jiran. 

Apa Kata mereka tentang kelas ini?

"Abqaf ialah sebuah pusat pengajian Bahasa Arab yang lebih bertumpu kepada pengajian memahami Al-Quran dalam pelbagai bidang. Saya suka belajar disini kerana Abqaf mempunyai kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan mengadakan tahap-tahap isi pelajaran mengikut kesesuaian pelajar-pelajarnya dari peringkat asas, menengah dan tinggi."
Rubiah Said
Pesara Pengetua
"Kursus ini amat membantu saya memahami bentuk dan fungsi wazan-wazan yang diajarkan. Sebelum ini amat susah bagi saya untuk faham dan menghargai fungsi wazan dalam ilmu Sarof ini. Alhamdulillah, kursus ini telah mendorong saya belajar lebih lanjut lagi. "
Zainal Kharib
Jemaah Masjid
"Saya suka cara pengajaran di Abqaf sebab tiada tekanan, dan santai sahaja, apalagi dengan online, dapat melihat semula ulangan di youtube. Tentang tenaga pengajar saya rasa ok penjelasan jelas dan boleh difahami. "
Zakiyah Mohd Amin
Pesara
"Sebelum hadir Kursus Intensif Sarof al-Quran ini, saya banyak tidak tahu tentang karakter perkataan Arab. Saya tidak tahu "ibu huruf" dan huruf-huruf yang ditambahkan padanya. Saya juga tidak faham makna perkataan dan penambahan yang sesuai dalam bahasa Melayu atau Malaysia. Bahkan saya tidak tahu penggunaan kamus bahasa Arab. Alhamdulillah selepas hadir kelas ini, saya mula tahu "ibu huruf" dan penggunaan kamus. Yang lebih penting lagi, saya mula tahu perubahan dan penambahan huruf yang berlaku pada huruf Arab. Dan yang terpenting lagi, saya sudah tahu makna yang diperoleh daripada setiap penambahan huruf yang ada dalam bahasa Arab. "
Meriam Bt Ali
Cikgu

Soalan-Soalan Lazim

Pertanyaan adalah salah satu pintu ilmu

Siapakah yang sesuai untuk menyertai kelas ini ?

Kelas ini sesuai untuk yang tidak belajar bahasa Arab sebelum ini, atau sudah pernah belajar tetapi tidak berapa faham atau sudah lupa. 

Berapa lama kelas ini ?

Setiap pertemuan kelas ini berlangsung selama 60 minit atau 1 jam. Ia dijalankan dua kali seminggu. Kelas asas ini terdiri dari 3 peringkat. Setiap peringkat memakan masa antara 3-4 bulan, bergantung keupayaan peserta. 

Berapa yuran untuk kelas ini ?

Jika anda pertama kali menyertai program berbayar ABQAF, maka anda perlu bayar yuran pendaftaran sebanyak RM100. Manakala yuran bulanan adalah RM 100 setiap bulan. Jangan lupa harga promosi yang diiklankan dari masa ke semasa. 

Bagaimana cara saya boleh mendaftar untuk kelas ini ?

Anda boleh menyertai kelas ini dengan menekan butang pendaftaran atau menghubungi langsung admin pentaftaran ABQAF di talian +60103411470

Apa yang perlu saya sediakan sebelum menyertai kelas ini ?

Kelas ini dijalankan secara online dengan menggunakan aplikasi Zoom meeting. Oleh itu, anda perlu menyediakan komputer / laptop / tablet / HP yang mempunyai talian internet yang stabil. Kemudian download aplikasi Zoom. 

“Pelajarilah bahasa arab, kerana sesungguhnya ia merupakan sebahagian dari agamamu”

Umar Bin Al-Khattab