Kelas sorof al-quran

Kelas Arab Online Terbaik dan Terlengkap

Adakah anda menghadapi kesukaran dalam mengenal pasti makna perkataan Arab ? 

Adakah anda memiliki kosakata Arab yang terhad ? Ataukah kosakata anda tidak mencukupi ketika hendak bercakap atau bina ayat Arab ?

Solusinya adalah kuasai ilmu Sorof. Ia adalah ilmu yang berguna untuk menjadikan anda kaya dengan kosakata Arab, tanpa perlu menghafal banyak kosakata Arab. 

Sertailah Kelas Online Sorof Al-Quran yang merupakan kelas terbaik untuk anda mempelajari ilmu Sorof sekaligus memahami makna ayat-ayat Al-Quran dan menghayatinya.  

Kelas Sorof Al-Quran
Kelas Sorof Al-Quran
Kelas Sorof Al-Quran

Apa Yang Anda Pelajari Dalam Kelas Online Sorof Al-Quran?

Kaedah "Shortcut" Kenal Makna Kata Arab

Belajar Sorof bermakna belajar jalan pintas atau "Shortcut" bagaimana cara mengetahui dan memahami makna satu kata dalam bahasa Arab. Di kelas ini akan belajar perkara tersebut.

Akar Kata Arab Dan Perubahannya

Keistimewaan bahasa Arab adalah ia mempunyai akar kata dan mengalami perubahan. Setiap perubahan tersebut melahirkan makna tambahan. Anda akan belajar perkara itu nanti.

kenal perubahan kata arab pada makna ayat al-quran

Perubahan kata Arab tersebut akan dikaitkan dengan ayat-ayat Al-Quran, lalu kita lihat kesannya terhadap makna ayat al-Quran.

wazan Kata Arab dan rahsia maknanya

Kata-kata Arab mempunyai acuan tertentu atau dikenali juga dengan wazan sorfi. Setiap wazan ini mengandungi rahsia makna tertentu. Anda juga akan belajar perkara ini.

latihan merubah kata-kata arab

Kelas ini bukan hanya setakat teoritikal, tetapi juga praktikal. Oleh itu anda akan dilatih untuk mengubah kata-kata kepada wazan-wazan dan bentuk-bentuk tertentu yang dipelajari.

Terjemahan Harfiah dan maknawiah

Oleh kerana matlamat kita belajar bahasa Arab ini untuk faham al-Quran, maka setiap pelajaran akan ada latihan menterjemah al-Quran secara harfiah dan maknawiyah.

Kelas Sorof Al-Quran

Kelebihan Kelas Online Sorof Al-Quran?

Mudah

Pelajarannya mudah dan senang untuk anda fahami dan kuasai.

Sistematik

Sistem pembelajaran yang sistematik dan modul yang disusun dengan rapi dan kemas sehingga mudah untuk anda ikuti.

AKTIF DAN INTERAKTIF

Kaedah pembelajaran yang aktif dan interaktif sehingga suasana kelas terasa seperti kelas bersemuka.

BERKESAN

Kaedah dan sistem ABQAF telah berjaya membantu ramai mencapai cita-cita mereka faham ayat-ayat Al-Quran dan menghayatinya.

GURU BERKALIBER

Tenaga pengajar berkelulusan Timur Tengah, meraih MA atau PhD, aktif bertutur Arab dan mentadabbur Al-Quran. Mereka menguasai subjek yang diajarkan dan berpengalaman.

Kelas Online Sorof Al-Quran adalah Peringkat Menengah

Kelas Asas

  • Kelas Asas Bahasa Arab Al-Quran
  • Asas Bahasa Arab Fushaa Komunikasi
  • Kelas Asas Kosakata Arab
  • Kelas Asas Mahir Bina Ayat Arab
  • Kelas Asas Baca Kitab Arab
Popular

Kelas Menengah

  • Kelas Sorof Al-Quran
  • Kelas Nahu Al-Quran
  • Kelas Menengah Bahasa Arab Fushaa Komunikasi
  • Kelas Menengah Mahir Bina Ayat Arab
  • Kelas Terjemahan Al-Quran
  • Kelas Menengah Baca Kitab Arab

Kelas Tinggi

  • Kelas Nahu Advance
  • Kelas I'rab Al-Quran
  • Kelas Balaghah Al-Quran
  • Kelas Tinggi Bahasa Arab Fushaa Komunikasi
  • Kelas Bahthul Kitab
  • Kelas Tafsir & Tadabbur Al-Quran

Soalan-Soalan Lazim

Setiap pertemuan kelas ini berlangsung selama 60 minit atau 1 jam. Ia dijalankan dua kali seminggu (8 kali sebulan). Kelas asas ini terdiri dari 3 peringkat. Setiap peringkat memakan masa antara 3-4 bulan, namun akhirnya bergantung pada keupayaan peserta. Kami bukan hanya setakat menyampaikan ilmu, tetapi juga berusaha membantu anda menguasainya dengan baik. 

Jika anda pertama kali menyertai program berbayar ABQAF, maka anda perlu bayar yuran pendaftaran sebanyak RM100. Manakala yuran bulanan adalah RM 150 setiap bulan. Jangan lupa harga promosi yang diiklankan dari masa ke semasa. 

Anda boleh menyertai kelas ini dengan menekan butang pendaftaran dan mengisinya atau menghubungi langsung admin pentaftaran ABQAF di talian +60103411470

Kelas ini dijalankan secara online dengan menggunakan aplikasi Zoom meeting. Oleh itu, anda perlu menyediakan komputer / laptop / tablet / HP yang mempunyai talian internet yang stabil. Kemudian download aplikasi Zoom. 

Apa Kata mereka tentang kelas Online Sorof Al-Quran ?

"Abqaf ialah sebuah pusat pengajian Bahasa Arab yang lebih bertumpu kepada pengajian memahami Al-Quran dalam pelbagai bidang. Saya suka belajar disini kerana Abqaf mempunyai kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan mengadakan tahap-tahap isi pelajaran mengikut kesesuaian pelajar-pelajarnya dari peringkat asas, menengah dan tinggi."
Rubiah Said
Pesara Pengetua
"Kursus ini amat membantu saya memahami bentuk dan fungsi wazan-wazan yang diajarkan. Sebelum ini amat susah bagi saya untuk faham dan menghargai fungsi wazan dalam ilmu Sarof ini. Alhamdulillah, kursus ini telah mendorong saya belajar lebih lanjut lagi. "
Zainal Kharib
Jemaah Masjid
"Saya suka cara pengajaran di Abqaf sebab tiada tekanan, dan santai sahaja, apalagi dengan online, dapat melihat semula ulangan di youtube. Tentang tenaga pengajar saya rasa ok penjelasan jelas dan boleh difahami. "
Zakiyah Mohd Amin
Pesara
"Sebelum hadir Kursus Intensif Sarof al-Quran ini, saya banyak tidak tahu tentang karakter perkataan Arab. Saya tidak tahu "ibu huruf" dan huruf-huruf yang ditambahkan padanya. Saya juga tidak faham makna perkataan dan penambahan yang sesuai dalam bahasa Melayu atau Malaysia. Bahkan saya tidak tahu penggunaan kamus bahasa Arab. Alhamdulillah selepas hadir kelas ini, saya mula tahu "ibu huruf" dan penggunaan kamus. Yang lebih penting lagi, saya mula tahu perubahan dan penambahan huruf yang berlaku pada huruf Arab. Dan yang terpenting lagi, saya sudah tahu makna yang diperoleh daripada setiap penambahan huruf yang ada dalam bahasa Arab. "
Meriam Bt Ali
Cikgu