Kelas Terjemahan Al-Quran

Kelas Bahasa Arab Online Terbaik & Terlengkap

Kelas Terjemahan Al-Quran melatih anda menterjemah ayat-ayat Al-Quran secara harfiyah dan maknawiyah. Ia mendedahkan bagaimana mendapat kefahaman yang tepat dan mendalam terhadap ayat Al-Quran yang dibaca.

Apa Yang Akan Anda Pelajari

Latihan Terjemahan Harfiah

Anda akan dilatih untuk menterjemahkan ayat secara perkata atau harfiah. Ia bertujuan untuk mengenalkan anda pada makna kosakata tersebut. Sesungguhnya perkataan Al-Quran kerap berulang. Apabila anda pernah mengetahui maknanya sebelumnnya, ia memudahkan anda mengetahui maknanya jika terjumpa lagi. 

Latihan Terjemahan Maknawiyah

Terjemahan harfiah tidak cukup untuk mendapatkan kefahaman yang baik terhadap ayat. Terjemahan harfiah perlu disusun kembali dengan memperhatikan kaedah bahasa Arab dan bahasa Melayu. Terjemahan harfiah yang disusun semula sehingga mudah difahami maknanya, dinamakan sebagai terjemahan maknawiyah. 

Kaedah Nahu & SorofUntuk Kefahaman Ayat

Dalam kelas terjemahan Al-Quran ini anda akan didedahkan kepada kaedah Nahu dan Sorof yang berkaitan dengan ayat tersebut. Kaedah ini dibincangkan untuk menjelaskan kesan dan pengaruhnya terhadap makna dan kefahaman ayat. Dengan cara ini peserta akan nampak secara praktikal manfaat daripada mempelajari ilmu Nahu dan Sorof.  

Aspek Balaghah Ayat

Dalam kelas Terjemahan Al-Quran ini, anda juga akan dikenalkan dengan ilmu Balaghah. Demikian itu dilakukan jika pada ayat tersebut mengandungi aspek Balaghahnya. Perbincangan ini bertujuan untuk melihat keindahan dan kehebatan ayat tersebut. Sebagaimana ia juga bertujuan untuk mendapatkan makna yang mendalam daripada ayat. 

Analisa Makna Perkataan Penting

Terkadang satu ayat mempunyai kosakata kunci yang penting. Kita akan membincangkannya guna mengetahui maknanya dengan lebih baik lagi. Analisa itu mencakupi aspek akarkata dan makna asalnya serta pengaruhnya terhadap kefahaman ayat. 

Tafsir & Tadabbur Ayat

Kelas ini juga membincangkan tafsiran ayat dan menggali makna tersurat dan tersirat daripadanya sehingga ayat bukan sahaja dibaca, tetapi juga ditadabburi. 

Tenaga Pengajar ABQAF

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Dr. Firdaus Sulaiman

Pengasas & Pengajar Utama

Berpengalaman mengajar bahasa Arab lebih dari 20 tahun dengan latarbelakang pengajian pondok dan sekolah moden. menyelesaikan BA Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Kulliyah Dakwah, Tripoli, Libya, MA dan PhD Usuluddin di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Muhammad Ali Imran

Pengajar Berpengalaman

Penguasaan ilmu bahasa yang luas, berpengalaman dan penyabar. Itulah keistimewaan beliau. Beliau menyelesaikan BA Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Kulliyah Dakwah, Tripoli Libya dan melanjutkan MA dalam Pengajian Hukum Islam Universitas Muhammadiyah Jakarta.

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Dr. Badaruddin Haba

Pengajar Berwibawa

Beliau mempunyai perwatakan yang tenang dan bersahaja. Syarahannya pun tenang dan tepat pada maksud. Beliau memperoleh ijazah BA Bahasa Arab dan Pengajian Islam dari Fakulti Dakwah, Institut Ahmad Kuftaro, Damaskus, Syiria. Lalu berjaya meraih ijazah MA dan PhD daripada Universiti Malaya dalam bidang Usuluddin, jabatan Al-Quran dan Al-Hadith. 

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Syazlan Bin Sazali

Pengajar Ceria

 Belajar dengan beliau amat menyeronokkan. Masa berlalu tanpa terasa. Beliau merupakan seorang yang mempunyai kelulusan BA Usuluddin Tafsir dan Hadis dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan meraih master Usuluddin di Universiti Malaya. 


Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Muslihun Muhammad Nasir

Pengajar Santun

Mempunyai pengalaman mengajar lebih dua puluh tahun. Belajar bahasa Arab sejak sekolah rendah sehingga universiti. Pernah mengikuti Daurah Pengajaran Bahasa Arab yang diselenggara oleh Universiti Islam Madinah. BA Syariah Islamiyah dari Universiti Al-Azhar, MA Usuluddin dari Universiti Malaya.

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Ahmad Nizar Syamwil

Pengajar Mahir

Membesar dalam suasana pondok. Mahir ilmu Nahu dan Soraf. Belajar dengan beliau, terasa keluasan ilmunya. Beliau memperoleh BA Syariah Islam dari Universiti Al-Ahgaff, Tarim, Hadramaut, Yaman dan berjaya meraih MA Islamic Studies dari Universiti Malaya. 

 

 

Kelas Ilmu Balaghah Al-Quran

Ustaz Imamuddin

Pengajar Kelakar

Belajar dengan beliau tidak bosan, kerana ada sahaja lawak jenaka yang menjadikan suasana happy. Mempunyai latarbelakang pondok, lalu menyambung pengajian Syariah di Universiti Al-Azhar dan meraih MA dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya. Sekarang beliau sedang menyelesaikan Phd di bidang dan universiti yang sama. 

Suasana Kelas Online ABQAF

Kelas Online Seperti Kelas Bersemuka

Soalan-Soalan Lazim

Pertanyaan adalah salah satu pintu ilmu

Siapakah yang sesuai untuk menyertai kelas ini ?

Kelas ini sesuai untuk orang yang sudah belajar bahasa Arab sedikit atau sudah ada sedikit asas ilmu bahasa Arab.

Berapa lama kelas ini ?

Setiap pertemuan kelas ini berlangsung selama 60 minit atau 1 jam. Ia dijalankan satu kali seminggu dan 4 kali satu bulan.

Berapa yuran untuk kelas ini ?

Jika anda pertama kali menyertai program berbayar ABQAF, maka anda perlu bayar yuran pendaftaran sebanyak RM100. Manakala yuran bulanan adalah RM 90 setiap bulan. Jangan lupa harga promosi yang diiklankan dari masa ke semasa. 

Bagaimana cara saya boleh mendaftar untuk kelas ini ?

Anda boleh menyertai kelas ini dengan menekan butang pendaftaran atau menghubungi langsung admin pentaftaran ABQAF di talian +60103411470

Apa yang perlu saya sediakan sebelum menyertai kelas ini ?

Kelas ini dijalankan secara online dengan menggunakan aplikasi Zoom meeting. Oleh itu, anda perlu menyediakan komputer / laptop / tablet / HP yang mempunyai talian internet yang stabil. Kemudian download aplikasi Zoom. 

“Pelajarilah bahasa arab, kerana sesungguhnya ia merupakan sebahagian dari agamamu”